Wednesday, October 27, 2010

Pertandingan Kawad Kaki

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT SEKOLAH - 2009

Tarikh : 10 April 2010

Kategori Pasukan Terbaik
Johan - Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM)
Naib Johan - Pasukan Kadet Polis
Ke-3 - Pasukan Pandu Puteri

Kategori Ketua Platun Terbaik (Lelaki)
Johan - Ketua Platun Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM)
Naib Johan - Ketua Platun Pasukan Kadet Polis

Kategori Ketua Platun Terbaik (Perempuan)
Johan - Ketua Platun Pasukan Pandu Puteri
Naib Johan - Ketua Platun Pasukan Puteri Islam


Program Rutin SMK Tun Habab

Mingguan

BIL

PROGRAM

CATATAN

1.

Perhimpunan rasmi

Setiap pagi Isnin (masa : 7.10 – 8.10 pg.)

2.

Perhimpunan berpakaian pasukan badan beruniform

Setiap hari Rabu (masa : 7.10 – 7.30 pg.)

3.

Program solat hajat

Setiap hari Selasa dan Khamis (masa : 7.10 – 7.30 pg.)

4.

Program bacaan surah Yassin

Setiap hari Jumaat (masa : 7.10 – 7.30 pg.)



Bulanan

BIL

PROGRAM

CATATAN

1.

Program Khatam Al-Quran

Setiap hujung bulan pada hari Jumaat : (7.10 – 8.10 pg.). Setiap wakil guru dan pelajar mengambil bahagian pada tarikh-tarikh yang telah ditentukan.

2.

Sambutan bulan kelahiran guru dan kakitangan

Setiap bulan semasa majlis jamuan.

3.

Sambutan ulang tahun perkahwinan guru dan kakitangan

Setiap bulan semasa majlis jamuan.

Persekitaran SMK Tun Habab


Organisasi SMK Tun Habab


SMK Tun Habab Sekolah Bestari




Pengenalan Sekolah Bestari

Sekolah Bestari secara ringkas boleh didefinisikan sebagai suatu sistem pendidikan yang mana proses pengajaran dan pembelajaran lebih berpusat kepada pelajar dengan menggunakan pendekatan yang lebih kritis dan kreatif serta menggunakan teknologi sebagai pengupaya. Penggunaan ICT sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan jantung Sekolah Bestari.

Program Pembestarian Sekolah memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari pada semua sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Komponen utama pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian sekolah dapat melatih guru dan pelajar berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan pelajar yang mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

Pelaksanaan pembestarian ini mengambil kira semua inisiatif ICT yang sedia ada di sekolah merangkumi tiga perkara utama iaitu hardware, software dan wetware.

Pembestarian sekolah amat disokong oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Induk Pelajaran. Aspek ini menjadikan pentadbiran sekolah lebih efektif kerana komunikasi boleh disampaikan dengan lebih cepat. Kesan penggunaan ICT mampu menjadikan penyampaian guru lebih berkesan dan memberi impak yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Penarafan bintang secara tidak langsung menggalakkan sekolah-sekolah memperluas lagi prasarana ICT sekolah dan meningkatkan kemahiran guru-guru, pelajar-pelajar dan staf-staf sokongan dalam bidang ICT. Pemilihan SMK Tun Habab sebagai projek rintis Sekolah Bestari bermula pada Jun 1998 daripada 88 buah sekolah Bestari seluruh negara, telah membuka jalan ke arah pembestarian sekolah. Langkah ini dimulakan dengan memperluas prasarana ICT yang bermula dengan 37 buah komputer yang dibekalkan oleh KPM sehingga menjadikan jumlahnya 160 buah komputer pada tahun 2009.

Semua bilik khas dibekalkan dengan komputer seperti bilik pengetua, pejabat, bilik penolong kanan, bilik media, bilik tayang, bilik guru, bengkel kemahiran hidup, kantin, bilik Persada Angkasa, bilik Guru Kanan Mata Pelajaran dan lain-lain lagi.

Kini sekolah ini terkenal dengan gelaran SMK Tun Habab, Sekolah Bestari Perdana seterusnya menjadi antara Sekolah Bestari Penanda Aras Negeri Johor serta menjadi sekolah pilihan di daerah Kota Tinggi khasnya.


Logo Sekolah Bestari

Logo Sekolah Bestari Malaysia melambangkan perubahan dinamik yang menjelaskan Visi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu :-

  • Merangka semula secara sistematik sistem pembelajaran dengan mengubah budaya dan amalan semasa sekolah-sekolah di Malaysia.
  • Berubah dari pembelajaran secara hafalan kepada bentuk pembelajaran yang merangsang pemikiran dan kreativiti.
  • Mempertanggungjawabkan pelajar terhadap pembelajaran sendiri.
  • Penglibatan secara aktif daripada pihak ibu bapa dan masyarakat setempat.

Keterangan Logo
  • Warna Hitam pada tulisan melambangkan pemikiran kritis dan kreatif.
  • Warna Kuning melambangkan pembelajaran ke tahap optima.
  • Warna Ungu melambangkan ilmu.
  • Warna Putih melambangkan demokrasi dalam pendidikan.
  • Warna Biru melambangkan pembangunan pelajar secara menyeluruh.
  • Warna Merah melambangkan peranan pendidikan sebagai nadi bangsa.
Simbol-simbol Logo
  • Hati melambangkan persediaan dan keseronokan murid.
  • Mentol menyala melambangkan pemikiran murid.
  • Bentuk Segi empat melambangkan perangkaaan semula.
  • Sistem Pendidikan Malaysia secara sistematik dan mesra.


Sejarah Penubuhan SMK Tun Habab


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab pada awalnya menggunakan nama Sekolah Menengah Rendah Kota Tinggi dan mula beroperasi pada tahun 1965. Semasa bangunan-bangunan di sekolah ini dalam pembinaan, pelajar sekolah ini telah ditumpangkan di Sekolah Menengah Laksamana. Pada pertengahan tahun 1967, bangunan dua tingkat dan dua blok telah siap untuk boleh digunakan, empat kelas mula dibuka bagi setiap tingkatan iaitu tingkatan 1, 2 dan 3. Pada tahun 1970, sebuah blok dibina lagi bagi menempatkan pelajar sekolah ini.


Pada awalnya, pengetua yang berkhidmat di sekolah ini ialah Haji Othman bin Haji Abd. Hamid (1967-1973) dan dibantu oleh 20 orang guru. Nama Sekolah Menengah Rendah Kota Tinggi kemudian ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab pada 30 September 1971. Perasmiannya dilakukan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran ketika itu iaitu, Dato’ Mohammad Rahmat. Nama Tun Habab dipilih mengambil sempena nama bendahara kerajaan Johor, iaitu Bendahara Abdul Majid Tun Habib Seri Maharaja Padang Saujana. Beliau masyhur dan terkenal ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah(Mangkat Dijulang), yang memerintah kerajaan Johor dari tahun 1685 hingga 1699.


Lencana Sekolah

Berbentuk bulat melambangkan pemuafakatan antara pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat. Hal ini bertepatan dengan pepatah melayu “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.

Moto – Ilmu, Kokurikulum, Akhlak - warga SMK Tun Habab mementingkan keilmuan, penglibatan dalam bidang sukan dan mengutamakan akhlak yang terpuji.

Padi – Melambangkan nilai murni yang ingin dipupuk kepada seluruh warga SMK Tun Habab.

Logo STH – Singkatan nama sekolah, yang diambil daripada nama Bendahara Kesultanan Melayu Johor ke-19, Bendahara Abdul Majid Tun Habib Seri Maharaja Padang Saujana. Seorang Bendahara yang masyhur ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Mangkat Dijulang).

Warna Merah – Melambangkan kegigihan, kecekalan, kerajinan serta semangat yang berkobar-kobar dalam merealisasikan motto sekolah dan wawasan pendidikan.

Warna Biru – Melambangkan perpaduan dan kesefahaman yang terjalin antara pelbagai kaum, serta suasana persekitaran yang harmoni.

Visi SMK Tun Habab

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi SMK Tun Habab

Membangun Poteni Individu Melalui Pendidikan Berkauliti

Moto SMK Tun Habab

Ilmu, Kokurikulum, Akhlak