Wednesday, October 27, 2010



Sejarah Penubuhan SMK Tun Habab


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Habab pada awalnya menggunakan nama Sekolah Menengah Rendah Kota Tinggi dan mula beroperasi pada tahun 1965. Semasa bangunan-bangunan di sekolah ini dalam pembinaan, pelajar sekolah ini telah ditumpangkan di Sekolah Menengah Laksamana. Pada pertengahan tahun 1967, bangunan dua tingkat dan dua blok telah siap untuk boleh digunakan, empat kelas mula dibuka bagi setiap tingkatan iaitu tingkatan 1, 2 dan 3. Pada tahun 1970, sebuah blok dibina lagi bagi menempatkan pelajar sekolah ini.


Pada awalnya, pengetua yang berkhidmat di sekolah ini ialah Haji Othman bin Haji Abd. Hamid (1967-1973) dan dibantu oleh 20 orang guru. Nama Sekolah Menengah Rendah Kota Tinggi kemudian ditukarkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab pada 30 September 1971. Perasmiannya dilakukan oleh Setiausaha Parlimen Kementerian Pelajaran ketika itu iaitu, Dato’ Mohammad Rahmat. Nama Tun Habab dipilih mengambil sempena nama bendahara kerajaan Johor, iaitu Bendahara Abdul Majid Tun Habib Seri Maharaja Padang Saujana. Beliau masyhur dan terkenal ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah(Mangkat Dijulang), yang memerintah kerajaan Johor dari tahun 1685 hingga 1699.


Lencana Sekolah

Berbentuk bulat melambangkan pemuafakatan antara pelajar, guru-guru, ibu bapa dan masyarakat setempat. Hal ini bertepatan dengan pepatah melayu “Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.

Moto – Ilmu, Kokurikulum, Akhlak - warga SMK Tun Habab mementingkan keilmuan, penglibatan dalam bidang sukan dan mengutamakan akhlak yang terpuji.

Padi – Melambangkan nilai murni yang ingin dipupuk kepada seluruh warga SMK Tun Habab.

Logo STH – Singkatan nama sekolah, yang diambil daripada nama Bendahara Kesultanan Melayu Johor ke-19, Bendahara Abdul Majid Tun Habib Seri Maharaja Padang Saujana. Seorang Bendahara yang masyhur ketika zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah (Mangkat Dijulang).

Warna Merah – Melambangkan kegigihan, kecekalan, kerajinan serta semangat yang berkobar-kobar dalam merealisasikan motto sekolah dan wawasan pendidikan.

Warna Biru – Melambangkan perpaduan dan kesefahaman yang terjalin antara pelbagai kaum, serta suasana persekitaran yang harmoni.

Visi SMK Tun Habab

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi SMK Tun Habab

Membangun Poteni Individu Melalui Pendidikan Berkauliti

Moto SMK Tun Habab

Ilmu, Kokurikulum, Akhlak

1 comment:

  1. izinkan ya saya menggunakan maklumat ini untuk wikipedia smk tun habab tq...

    ReplyDelete